0Item(s)
0 0

Mengurus Staff Gaya Eksekutif

Product Code EP2012
Product Name: Mengurus Staff Gaya Eksekutif
Category: Penulis
Date Created: January 10, 2019 11:48:33 AM
Original Price: MYR 60.00
After Discount: MYR 30.00

Mengurus Staff Gaya Eksekutif

Menguruskan staf memanglah sesuatu yang mencabar terutamanya kepada eksekutif muda. Bukan sahaja kepada eksekutif muda, malah eksekutif senior yang baru sahaja ditugaskan menjaga staf pun seakan-akan mencari arah untuk mengendalikan staf dengan betul.

Tidak ketinggalan pemilik bisnes yang baru sahaja mengambil staf. Selama ini hanya bekerja seorang diri namun apabila sudah mengambil staf, percaturannya sudah berbeza. Walaupun hanya mengendalikan seorang staf, itupun adakalanya sudah cukup untuk memeningkan kepala anda.

Jadi di dalam buku ini penulis mencoretkan pengalamannya mengendalikan staf sepanjang beliau bekerja sebagai seorang Eksekutif Kimia di salah sebuah kilang di Malaysia. Di dalam buku ini penulis memberikan panduan bagaimana untuk mengendalikan staf bermasalah, bagaimana gaya anda sebagai seorang eksekutif itu akan juga membantu anda mengendalikan staf, bagaimana untuk mendorong staf supaya sentiasa bersemangat untuk bekerja, bagaimana anda sebagai seorang eksekutif perlu sentiasa bermotivasi dan bagaimana anda dan staf anda dapat bekerja bersama-sama dengan gembira setiap hari.

Dengan gaya bahasa yang santai dan bersahaja, ianya sangat sesuai dibaca oleh semua eksekutif muda, eksekutif senior mahupun pemilik bisnes yang ingin mendapatkan panduan dan tips-tips mengenai pengurusan staf gaya Malaysia.